Program Mom,Baby & Kids Fair 3.0

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad- 28 April 2019, Pusat Internet Kuching telah dijemput untuk bersama-sama membuka 'booth' dan memeriahkan program sempena dengan "Mom, Baby & Kids Fair 3.0" yang bertempat di Plaza Merdeka. Program ini bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

'Booth' Pusat Internet ini adalah usaha sama dari PI Kg Quop dengan PI Bengoh, PI PPR Taman Malihah, PI Sg. Bandung, PI Sebandi Ulu, PI PPR Taman Dahlia, PI PPR Batu Gong dan PI Kpg. Bra'ang Bayur.

Selain dari Pusat Internet, terdapat juga 'booth' yang menyertai program tersebut terutamanya yang menjual pakaian dan alat-alat kelengkapan bayi dan kanak-kanak.
Aktiviti juga dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Mewarna, Pertandingan Peragaan Fesyen dari anak-anak cilik. Pelbagai hadiah ditawarkan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Mendedahkan fungsi Pusat Internet sebagai medium penyebaran kesedaran dan keselamatan penggunaan internet dengan penuh kewaspadaan.
• Mendedahkan pengunjung khususnya kanak-kanak dengan permainan yang berasaskan pembangunan minda secara sihat.
• Para pengunjung mendapat manfaat yang didedahkan dari penyelia Pusat Internet terlibat seperti Kempen Kitar Semula Bahan Elektronik (E-Sisa) dan cara untuk mengetahui kekuataan kata kunci (Password).

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
i. Quiver
ii. Digital Coloring
iii. KDB Game Inter land
iv. KDB Puzzle & Quiz
v. Kahoot Games
vi. KDB Secure Password
vii. Scratch Programming
Di kesempatan itu juga, PI juga memberi sedikit keterangan mengenai e-Waste kepada para pengunjung. Apa itu e-Waste? dan kepentingan untuk mengitar semula bahan elektronik. ♻️♻️♻️♻️

Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kami berharap agar aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali